SENYUM

Senyuman terukir dibibir,
Menggertak sanubari,
Siapakah dia ?
Mengapakah dia ?

Tersenyum melihat senyuman itu ,
Menanti senyuman itu kembali,
Terasa diri dihargai ,
Menanti senyuman itu berbicara lagi ...

Senyum pembuka bicara ,
Senyum penutup luka ,
Senyum penerbit kata ,
Senyum menggamit rasa ,

Senyum penawar luka ,
Senyum penambah rasa ,
Senyum secantik kata ,
Senyum penawar apa sahaja ,

 "Tersenyum melihat senyuman dia (CRUSH) "

14 comments:

  1. Sandarkan senyum itu...
    Enak di dalam kalbu..
    Nafikan gundah palsu..
    Yang mendorong kaku..
    Usaplah senyum itu..
    Menemanimu di setiap waktu...

    ReplyDelete
  2. Gelak terusik jiwa,
    Jiwa terusik hati ,
    Hati terusik dengan jiwa..
    Siapa mahu ganti ??


    ReplyDelete
  3. Hati kini sendiri..
    Jiwa pasti menyepi..
    Biarkan ia mencari..
    Senyum terus mengganti..

    ReplyDelete
  4. Biar hati pergi sendiri ,
    Biar sayang datang sendiri,
    Jangan mengharap benda yang belum pasti ,
    Senyum tanda mengerti...

    ReplyDelete
  5. Pasti perlu mengerti..
    Kaca atau baiduri..
    Harapan teguh pada yang pasti..
    jangan sekali kau ragui..

    ReplyDelete
  6. Mengerti ?
    mengerti sesuatu yang pasti,
    Gah di sanubari ,
    Belum rasa ,belum mengerti,
    Apa yang dirasai .....

    ReplyDelete
  7. Rasai dengan mata sanubari..
    Mata hati tidak mati..
    cukup mengerti rasa di hati..
    Puas mengalir di urat sakti..

    ReplyDelete
  8. Diam tidak terkata ,
    Memikir apa yang ada ,
    Tiba-tiba terasa hiba ,
    Memikir perkara lama ...

    ReplyDelete
  9. DIMANAKAH IA?

    "Si penawar luka ,
    Si penambah rasa ,
    Si secantik kata ,
    Si penawar apa sahaja ,"

    Sayang sekali..
    hanya secubit "dia" di sisi..

    ReplyDelete
  10. Hanya dia yang penawar luka,
    Hanya dia penambah rasa ,
    Hanya dia secantik kata ,
    Hanya dia penawar apa sahaja ,

    Hanya dia yang ku idamkan,
    Tapi hanya berbicara dengan kata-kata,
    Tidak mampu memiliki yang di idamkan,
    Hanya suka dan senyum secara rahsia ...

    ReplyDelete
  11. Hanya..
    sungguh kau menikam puteri..
    sungguh kau menusuk sanubari..
    jauhi diri mu HANYA,,! Jauhi dari puteri!
    Puteri harus memiliki...

    Rahsia!
    asbab kau puteri menyepi!
    HANYA dan RAHSIA..! pergi!
    lepaskan hati si tuan puteri,,

    ReplyDelete
  12. Aku ingin memilikinya ,
    Tetapi ada caranya ,
    Bukan kerana hanya ,
    Tetapi kerana terasa ...

    Rahsia ..
    Biarlah rahsia ...
    Takut terbinasa ..
    Biar diri yang rasa ,
    Harap dia terasa ..

    ReplyDelete
  13. Biarkannya berlegar di hati puteri..
    kenali lebih hati budi..
    sesuci cinta hati,
    untung realiti, tidak pada mimpi,

    Malam semakin kelam,
    terang semakin rapat,
    lelaplah wahai alam,
    esok lusa bersua minat.

    ReplyDelete
  14. Berlegar-legar dihati sahaja ,
    Jangan sampai terpaut dihati ,
    Biar ia bersuka ria ,
    Suatu hari terpaut dihati .

    Bulan terang semakin jauh ,
    Mata lelap semakin hampir,
    Biar mimpi nun menjauh ,
    Esuk lusa silalah tampil ..

    ReplyDelete